RADIO Online.... EPC Radio 2

Radio Internet -  EPC Radio 2 -  diwujudkan sebagai aktiviti sokongan kepada fungsi HALL OF KNOWLEDGE  ini.  Rangkaian ini akan mengandungi bahan-bahan yang sesuai dan relevan dengan kandungan lamanweb ini.

Ia juga akan berfungsi sebagai fasiliti alternatif disediakan untuk mereka yang tidak dapat menghadiri kursus-kursus yang akan diadakan di premis Dewan Ilmu yang diwujudkan.  Pendek kata ia adalah merupakan saluran 'pengajian jarak jauh' kepada mereka.  Ini bermakna sesiapa juga akan dapat mengikuti setiap aktiviti atau program yang dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Ilmu ini.

Kandungan program-program yang disiarkan melalui rangkaian EPC RADIO 2 ini akan menggambarkan program dan aktiviti Dewan Ilmu.  Rangkaian ini akan keudara melalui Internet sebagai permulaan selama 3 jam satu sessi.   Ia akan diulang lagi pada waktu-waktu yang akan ditetapkan.

Penjadualan rangkaian ini telah dilaksanakan dengan mengambil kira dan menitikberatkan keperluan masyarakat sasarannya.

Usaha-usaha menyediakan program-program untuk disiarkan melalui rangkaian ini sedang dengan giat dilaksanakan oleh pasukan petugas penerbitan rancangan kami.  

Siaran rangkaian ini akan mula keudara pada akhir bulan FEBRUARI 2013. Buat masa ini siaran percubaannya sedang dilaksanakan tiap hari mulai 3.00 petang.

SELAMAT MENDENGAR kami ucapkan kepada saudara.

 INTISARI SIARAN

 Click to listen to EPC Radio 2. 

ALAM PENDIDIKAN
EHWAL SEMASA
PANDANGAN DAN PENDAPAT
TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN
WARISAN TANI
NELAYAN SAWAH
DUNIA TERNAKAN
SYURGA DALAM KELUARGA
KISAH TERKINI
PEMBANGUNAN ISLAM
PERUSHAAN DESA
PEMBELAJARAN
Make a Free Website with Yola.