Pilihan Raya

Kebelakangan ini perkara Pilihan Raya selalu disebut-sebut dan dibincangkan oleh masyarakat Negara.  Ini sudah semestinyalah,  kerana Dewan Rakyat (Parlimen) dan juga Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi akan berakhir tempuh berkuatkuasanya.

Sebagai panduan kita bersama,  dipaparkan di sini sedikit mengenai Pilihan Raya.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar. Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi".

Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

Di bawah ini satu lagi paparan mengenai Pilihan Raya.


Proses Pilihan Raya di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui Pilihan Raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.

DUA LAGI RANGKAIAN RADIO INTERNET DIWUJUDKAN 

Dua lagi rangkaian radio Internet telah diwujudkan.  Kedua-dua rangkaian ini akan dinaikkan ke Internet pada 1 Februari 2013 akan datang ini.  Siaran percubaannya sedang dijalankan sekarang.

Dua rangkaian ini ialah:

EPC RADIO 3.     Rangkaian ini pada besarnya akan menumpukan perhatian dan memberi fokus kepada ehwal masyarakat.  Program-program dan bahan-bahan yang dikandungkan di dalam siarannya akan memberi gambaran dan memaparkan hasrat dan cita-cita masyarakat dalam menjalani hidup semasa dan juga di masa hadapan.  

Kita akan bentangkan peranan masyarakat dalam sama-sama berkongsi tanggungwab untuk menentukan keadaan hidup dalam sebuah bangsa dan Negara yang merdeka dan berdaulat adalah seperti yang diharapkan.  Kita akan juga melihat peranan agensi-agensi yang telah dipertanggungjawabkan membantu mereka, dan peranan yang dimainkan oleh wakil-wakil mereka dalam kerajaan. 

EPC RADIO 3 akan  merupakan  satu saluran untuk masyarakat berinteraksi. 

EPC RADIO 2.   Rangkaian ini adalah satu-satunya rangkaian radio yang menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu pengetahuan dan teknologi yang sangat diperlukan oleh masyarakat,  terutama mereka yang tinggal di desa,  Program dan bahan yang akan disertakan di dalam siaran ini adalah mengenai ilmu dan teknologi yang relevan dengan kehidupan mereka seharian.

Tujuan rangkaian ini diwujudkan ialah untuk menentukan bahawa masyarakat desa,  terutamanya,  tidak ketinggalan dalam perjuangan hidup mereka kearah  zaman-zaman mendatang.  Rangkaian ini juga diharapkan dapat meletakkan mereka setaraf dengan lain-lain anggota masyarakat maju di dunia antarabangsa..

Siaran peercubaan kedua-dua rangkaian ini sedang dilaksanakan tiap hari mulai 3.00 petang.

HADIS RASULULLAH S.A.W

Kepentingan Ilmu:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”       
Riwayat al-Bazzar

PERANAN LAMANWEB INI

Lamanweb  HALL OF KNOWLEDGE – Dewan Ilmu   ini diwujudkan untuk kemudahan saudara.   Ia dimuatkan dengan bahan-bahan yang sesuai dan relevan dengan keperluan harian kita,  dalam menghadapi kehidupan di era teknologi hari ini.   Jika saudara lihat pada laman-laman diwujudkan,  saudara akan mengetahui bahawa  tiap jenis teknologi yang difikirkan penting,  berfaedah dan mendatangkan manfaat kepada kita,  disertakan.

Kami berhasrat bahawa apa yang kami paparkan akan membawa keuntungan kepada saudara,  sambil memacu kehidupan saudara ke zaman mendatang dengan lebih bersedia lagi.

Tiap laman yang diwujudkan mempunyai hubungan yang erat dengan kumpulan-kumpulan sasaran,  terutama yang tinggal di kawasan-kawasan desa di negara ini.  Ada lagi laman yang sedang kami fikirkan untuk disertakan di dalam lamanweb/blog ini.  Setakat ini kami menyediakan laman-laman yang merangkumi subjek-subjek seperti Teknologi Pertanian,  Teknologi Maklumat,  Teknologi Pendidikan,  Teknologi Perikanan  dan  Teknologi Ternakan.

Dalam masa terdekat akan kami wujudkan pula laman-laman untuk Teknologi Perushaan Desa,  Pembangunan Keluarga dan juga Pembangunan Agama.

Pendeknya,  kami akan mewujudkan laman-laman yang merangkumi tiap aktiviti dan bidang kehidupan kita.  Harapan kami juga supaya isi kandungan laman-laman ini akan menjadi sumber bimbingan,  rujukan  dan  panduan kepada kita semua demi kesejahteraan dan kecemerlangan kehidupan kita di masa hadapan.

KAJIAN ONLINE                                                                                               

Pengurusan  Balai Teknologi sekarang ini sedang membuat persediaan untuk memulakan satu kajian secara online.

Tujaun dan objektif kajian ini ialah untuk mengetahui antara lain:

  • Tahap penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat sasaran.
  • Tahap penggunaan teknologi dalam bidang-bidang aktiviti harian,   dan
  •  Kefahaman dan penggunaan teknologi maklumat dan ICT dalam aktiviti harian.
Sebagai permulaan pihak kami akan menggunakan lqmanweb  HALL OF KNOWLEDGE,  sebagai saluran berinteraksi mengenai Kajian ini.  Di halaman HUBUNGI KAMI  akan dimuatkan satu Borang Soal Selidik yang digunakan.

Untuk makluman,  masyarakat sasaran atau responden kami dalam  Kajian ini ialah anggota masyarakat Malaysia,  terutamanya yang tinggal di kawasan desa.

Kepada  yang tidak mempunyai hubungan Internet,  atau tidak pun mempunyai kemudahan yang berkaitan,  maka Kajian ini akan juga dilaksanakan menggunakan kaedah tradisional,  iaitu dengan mengisi borang-borang yang akan dikemukakan.  Kami akan maklumkan cara perhubungan dalam masa terdekat.

Kerjasama saudara amat diperlukan demi masa depan kita semua.  Terima kasih.

Tafsiran perkataan ‘teknologi’

Hingga kini masih ramai antara kita yang menganggap bahawa teknologi yang disebut-sebut itu adalah yang berkait dan melibatkan maklumat,  iaitu yang dipanggil ‘teknologi maklumat’.   Memang inilah pandangan dan pengertian  orang-orang biasa atau anggota masyarakat ‘layman’ terhadap perkataan ini   Manakan tidak kerana pengertian inilah yang selalu ditonjolkan dalam akhbar atau lain-lain saluran media massa.   Bila disebut sahaja ‘teknologi’ maka yang terlintas di kepala ialah ‘teknologi maklumat’.

Sebenarnya teknologi melibatkan pelbagai bidang atau aktiviti kehidupan kita.   Pendek kata tiap aktiviti yang berkait dengan kehidupan seharian kita ada hubungannya dan ada melibatkan teknologi.

Bidang-bidang aktiviti utama dalam kehidupan masyarakat desa umpamanya melibatkan teknologi  iaitu seperti teknologi pertanian,  teknologi ternakan,  teknologi perikanan,  teknologi perushaan desa  dan seumapamanya.  Selain dari itu bidang-bidang seperti perubatan,  kesihatan,  pelajaran,  pembangunan keluarga,  kejeruteraan,  pembinaan,  pengeluaran,  komunikasi dan lain-lain lagi juga melibatkan teknologi.  Mungkin banyak lagi bidang aktiviti,  terutama sekali dalam bidang sains yang banyak menggunakan teknologi.

Semua bidang aktiviti ini memerlukan dan menggunakan teknologi dalam proses-proses yang terlibat dalam operasi dan pelaksanaan masing-masing.

Jadi adalah menjadi tujuan utama lamanweb  ini untuk cuba memberI penerangan dan penjelasan selengkapnya mengenai perkataan atau subjek ‘teknologi’ ini,  supaya tidak wujud sebarang kekeliruan.  Kefahaman dan penghayatan pengetahuan ini adalah amat penting dalam usaha kita untuk merapat dan mencebur diri dalam teknologi dalam kehidupan kita di zaman yang serba moden hari ini.

Pihak kami dari masa ke semasa akan memberi  cerita, kisah, berita dan peristiwa mengenai berbagai teknologi yang kita gunakan atau akan gunakan dalam perjalanan hidup kita seharian.

 SALURAN TV YouTube UNTUK TEKNOLOGI Terkini

Untuk memberi kemudahan kepada saudara mengikuti perkembangan-perkembangan teknologi semasa, maka kami telah meletakkan saluran YouTube pada lamanweb ini.   Melaluinya,  kami akan siarkan program-program dokumentari pendek,  sesuai dengan teknologi yang diperlukan dalam kehidupan kita. Sebahagian darinya akan diterbitkan oleh EPC Teknologies sendiri,  sementara yang lainnya akan kami dapatkan dari sumber-sumber yang relevan dan kredibel.

 Jumlah Pelawat

KANDUNGAN LAMANWEB

Lamanweb ini mengandungi bahan-bahan mengenai:

Detail mengenai Kursus-kursus ini akan dikandungkan di dalam halaman KURSUS.
BERITA TEKNOLOGI

Mudah kupas manggis

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) membangunkan satu lagi produk inovasi bagi pasaran tempatan dan antara bangsa menerusi penciptaan alat pembuka buah manggis dikenali ‘Magner’. -  myMetro Online

Beras Merah Berkhasiat

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus unggul dalam pembiakbakaan padi apabila menghasilkan tiga varieti beras merah dan lapan varieti beras putih UKMRC hasil kacukan padi kultivar MR219 dengan padi liar ‘Oryza rufipogon’.myMetro Online

Inovasi penabur baja 

Menguruskan sebuah pusat nurseri pokok memerlukan tenaga yang banyak, lebih-lebih lagi penjagaannya yang berkehendakkan proses pembajaan sempurna.  Kesuburan tanaman juga bergantung kepada jenis baja yang digunakan, cara dan masa pembajaan.    myMetro Online

Kumbang gunakan bintang sebagai pemandu arah

 Satu spesies kumbang kotoran di Afrika Selatan menggunakan Galaksi Bima Sakti sebagai pemandu arah, menjadikannya sebagai satu-satunya binatang yang melihat tebaran bintang di langit malam untuk menemukan arah. 

Menurut peneliti dari Afrika Selatan dan Swedia, kumbang-kumbang kecil bermata lemah itu menggunakan gradasi cahaya bintang-bintang Galaksi Bima Sakti untuk memastikan mereka menggelindingkan bola kotoran dalam garis lurus agar tidak kembali ke persaingan di tumpukan kotoran. ANTARA NEWS ONLINE


 DI MENARA GADING

UPM Universiti Pertama Di Asia Tenggara Perkenal 'Program Texas Instruments'

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi universiti pertama di Asia Tenggara untuk 'Program Universiti Texas-Instruments (TI)' menerusi kerjasama dengan TI untuk memperkukuhkan kepakaran pelajar dalam ujian elektronik analog dan kejuruteraan produk. mStar Online

KATA-KATA MENGENAI ‘TEKNOLOGI’

We live in a society exquisitely dependent on science and technology, in which hardly anyone knows anything about science and technology.   –   Carl Sagan

It has become appallingly obvious that our technology has exceeded our humanity.   –   Albert Einstein 

 Saluran ini akan membawa  visual mengenai teknologi.

 Lamanweb ini dikemaskini seminggu sekali.

Copyright 2012 EPC Technologies. All rights reserved

ANALISIS  VISUAL Terkini

Beberapa hari lalu,  kami telah meletakkan saluran YouTube pada lamanweb ini.  Tujuannya ialah melaluinya akan kami paparkan visual mengenai beberapa teknologi yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian kita di negara ini.

Visual ini berupa mini dokumentari yang kami terbitkan dengan menumpukan perhatian kepada satu-satu subjek tertentu.  Kami telah memulakan dengan satu cubaan iaitu memilih subjek bunga-bungaan.  Kami beri tajuk kepada visual ini 'FLOWERS IN THE GARDEN' BUNGA DI TAMAN.

Sambutan yang kami terima amat menggalakkan.  Kami menerima ‘visits’ dari merata dunia.  Memandang kepada sambutan yang di luar dugaan ini,  kami telah menyediakan satu jadual penerbitan untuk meliputi subjek-subjek seperti pertanian,  sains dan teknologi,  kesihatan,  pendidikan,  pembangunan keluarga dan lain-lain lagi.

Sekiranya saudara mempunyai cadangan,  hubungilah kami melalui emel:  epcteknologi@gmail.com

 Emel untuk perhubungan:   epcteknologi@gmail.com

Make a Free Website with Yola.