Selamat Datang ke HALL OF KNOWLEDGE

DEWAN ILMU HAJI MOHD NOOR  atau Inggerisnya  HALL OF KNOWLEDGE  diwujudkan untuk memenuhi keperluan masyarakat,  terutamanya yang tinggal di kawasan desa.   Program-program yang akan disertakan di dalamnya adalah sebagai menokok-tambah usaha-usaha yang dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan dengan program pembangunan insan.  Nama DEWAN ILMU HAJI MOHD NOOR adalah sempena Allahyarham ayah kepada Tuan Haji Yusoh Azih,  iaitu salah seorang yang terlibat dengan penubuhan lamanweb dan pelaksanaan projek ini.  Allahyarham banyak menabur bakti dan memberi khidmat kepada masyarakat.

Oleh kerana kebanyakan dari masyarakat desa adalah terdiri dari mereka yang terlibat di dalam bidang-bidang pertanian,  ternakan,  perikanan,  pengeluaran makanan ringan,  perushaan sederhana dan kecil desa,  maka bahan dan maklumat yang terkandung di dalam lamanweb ini adalah yang menumpukan sepenuh perhatian kepada teknologi-teknologi dalam bidang-bidang berkaitan.

Lamanweb ini diharap dapat bertindak sebagai pusat serenti ilmu pengetahuan dan teknologi untuk semua lapisan dan golongan masyarakat.

Kami ucapkan Selamat Datang ke lamanweb ini,  dan harapan kami agar ianya akan mendatangkan faedah dan manfaat kepada semua,  terutama dalam kita menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar.

Make a Free Website with Yola.