KUMPULAN PETUGAS Terkini
Setelah segala aspek dikaji dan perbincangan-perbincangan diadakan, maka satu Kumpulan Pertugas telah ditubuhkan untuk menentukan bahawa program yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Balai-balai Teknologi akan dapat berjalan dengan lancar dan mengikut matlamat yang dirancang.
Secara kasar, Kumpulan Pertugas ini adalah bertanggungjawab untuk mengenalpasti program dan aktiviti yang sesuai dan diperlukan oleh masyarakat sasaran. Badan ini juga bukan sahaja menumpukan perhatian kepada aktiviti yang akan dilaksanakan, bahkan yang sedang dalam perancangan untuk pelaksanaan. Terkini sejumlah empat Balai Teknologi bersedia untuk memulakan aktiviti masing-masing.
Kumpulan Petugas ini adalah terdiri dari anggota-anggota yang profesyenal dan pakar dalam bidang-bidang yang akan dijadikan tumpuan perhatian. Mereka ini akan melaksanakan tugas secara sukarela, iaitu tidak akan mengenakan apa-apa bayaran. Kumpulan ini diketuai oleh seorang specialist dan aktivis komunikasi, yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas.
Sebagai aktiviti awalan Kumpulan Petugas ini telah pun menyediakan satu jadual pelaksanaan dan jadual program yang hendak dijadikan tumpuan perhatian. Kumpulan ini akan bertindak sebagai penasihat atau pakar runding kepada Balai-balai Teknologi ini, sementara pengurusan dan urusan-urusan pertabiran dilaksanakan oleh kumpulan-kumpulan masing-masing.
Satu makluman mengenai program dan aktiviti tiap Balai Teknologi ini akan dikeluarkan oleh Kumpulan ini. Adalah dijadualkan bahawa semua aktiviti Balai-balai Teknologi akan memulakan program masing-masing pada 1 Januari 2011.
Home >>>>